top of page
Search

Kepentingan "Business Card"

  • Writer: sham azman
    sham azman
  • Sep 3, 2019
  • 1 min read

Updated: Jul 14, 2020

Penting ke business card ni? Mari saya berikan antara point-point yang ringkas.


# antara contoh salah satu antara business card client


1.Rangkaian

Rangkaian ataupun networking merupakan nadi di dalam dunia perniagaan. Dengan adanya kad bisnes kita dapat menambahkan rangkaian kita. Berikan kad bisnes kita kepada rakan, saudara, prospek, rakan niaga atau mana-mana pihak yang bersesuaian. Jika tidak mereka sendiri, mungkin individu di sekeliling mereka yang dapat menambah nilai bisnes kita pada masa depan.


2.Maklumat Business card

Kad bisnes yang baik mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya ialah maklumat bisnes yang lengkap. Nama perniagaan atau syarikat, alamat, nombor telefon, laman web, servis dan produk yang ditawarkan harus menjadi sebahagian isi kandungan kad bisnes. Dengan maklumat ini, pihak yang baru menerima kad bisnes kita akan tahu sedikit sebanyak maklumat perniagaan kita.


3.First Impression

First impression. Sedikit sebanyak kad bisnes kita akan mempengaruhi bagaimana pandangan pertama individu terhadap bisnes kita. Jika kualiti dan isi kandungan kad bisnes kita baik, maka sudah pasti ini akan memberikan persepsi positif kepada bisnes kita.


4.Ice Breaker

Perkara pertama yang kita buat adalah menyapa individu tersebut dengan Hi atau Salam dengan disusuli pertanyaan seperti ‘Nama siapa?’ dan ‘Dari mana?’. Kemudian kita berikan kad bisnes kita.


Itu adalah antara point-point kenapa perlu adanya business card untuk perniagaan anda.

 
 
 

Comments


© 2019 by Farissham Azman. Created with Wix.com

bottom of page